kesihatan dan perpaduan

 Kesihatan dan Perpaduan (EFOLIO)

 

 

 Kumpulan 7(eFolio)


SUBJEK : (MPU21032) PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 

TAJUK TUGASAN : KESIHATAN DAN PERPADUAN 

NAMA PENSYARAH :  ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA

NAMA AHLI KUMPULAN :

           1.NUR IZZATI BINTI MOHD SHUKOR (11DPI23F1003)
           2.NUR ALIA NATASYA BINTI MOHD ZAHIR (11DPI23F1011)
           3.DANIA QISTINA BINTI SYAROL KHAIRI (11DPI23F1029)
           4.YASOTHASHINY NAIR A/P SARAVANAN (11DPI23F1071)



KESIHATAN DAN PERPADUAN







ISI KANDUNGAN:
  • PENGENALAN
  • DEFINISI
  • KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERKOMUNITI
  • KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM
  • KEMPEN DERMA DARAH 
  • KEMPEN BEBAS ASAP ROKOK
  • KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT 
  • KESIMPULAN
  • RUJUKAN 

Pengenalan :

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan mempunyai kepelbagaian kaum di Malaysia, kini Malaysia dapat muwujudkan semangat perpaduan yang dapat menjamin keharmonian sesebuah negara. Perpaduan antara kaum di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara ini. Untuk saling menjaga hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia, kesihatan merupakan aspek penting yang harus dijaga dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial. Oleh itu, bagi memupuk perpaduan  bagi masyarakat Malaysia, kesihatan dan kesejahteraan diri harus diperkukuhkan. Perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin kesihatan dan kehidupan yg sihat.


Definisi :

Kesihatan bermaksud  keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. 
Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).

Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni.




kepentingan kesihatan dalam kehidupan berkomuniti :

  • Meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Hal ini setiap pekerjaan aktiviti yang kita lakukan dapat berfungsi dan memberikan fokus dengan baik
  • Melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal, mental dan persekitaran. seseorang individu dan masyarakat dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. 
  • Mendisplinkan masyarakat dalam mementingkan kebersihan dan kesihatan antara satu sama lain.Ia dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum.
  • Rakyat yang bersatu padu, mewujudkan negara yang aman dan harmoni.




Kepentingan perpaduan kaum :





  • Menjamin keamanan negara 
  • Memajukan ekonomi negara
  • Menjaga imej negara








Kempen Derma Darah :

Tujuan Kempen Derma Darah ini diadakan ialah untuk melahirkan insan yang mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi dalam diri masyarakat

Dengan adanya Kempen Derma Darah ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga program ini memberikan manfaat yang baik buat semua.

Bertetapan dengan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Derma Darah Negara, kita semua boleh mendermakan darah walaupun berbeza kaum dan bangsa. Sehubungan dengan pengurangan stok di bank darah Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama membantu rakyat yang memerlukan darah bagi meneruskan kelangsungan hidup seperti kita.

Dalam pada itu, kempen derma darah ini juga dapat menjalinkan perpaduan tanpa kita sedar. Perpaduan bukan hanya terbentuk dari insan yang memdermakan malahan insan yang membantu sepanjang kempen juga bersatu padu bagi mencapai hasrat dan tujuan kempen derma darah itu dijalankan.




Kempen Bebas Asap Rokok :




Masalah ketagihan rokok sentiasa menjadi perhatian di negara ini. Saban tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat menjalankan pelbagai kempen berhenti merokok namun sukar menghentikan tabiat itu secara efektif.

Kadar perokok remaja pada setiap tahun pula hanya sekadar 5%. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat dijadikan sebagai kajian penting di Malaysia seterusnya dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam negara bagi menentukan polisi generasi penamat benar-benar mencapai sasaran.

Kesan dan bahaya merokok pada tubuh badan :
  • Merosakkan paru-paru
  • Boleh merosakkan jantung, saluran darah dan sel darah
  • Merosakkan sistem pembiakan wanita dan menjadikannya lebih sukar untuk hamil
  • Menjejaskan kehamilan dan perkemangan janin



Kesan Terhadap Kesihatan Jika Tiada Perpaduan Antara Rakyat :

Keharmonian negara akan terjejas :
Sebagai contoh, sepanjang berlakunya pernularan wabak COVID-19 ini, rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan  untuk bekerjasama memutuskan  rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningatan kes dan kematian pesakit dari semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada pihak atasan malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, bertolak ansur dan beretika :
Sebagai contoh, rakyat yang  tidak memberi komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana kurangnya sensitiviti dalam diri sesetangah rakyat terhadap pesakit yang betul-betul memerlukan. Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan rakyat.

Wujud sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat :
Contohnya,sesetengah rakyat yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  semasa berlakunya wabak virus jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat  tahap kesihatan orang lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi keadaan sekaligus meningkatkan bilangan kes COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.


kesimpulan :

Tuntasnya, sektor kesihatan mampu membentuk dan mewujudkan hubungan perpaduan yang utuh dan teguh antara masyarakat. Konteks perpaduan itu sendiri telah membawa makna yang sangat besar terhadap komuniti dan negara kita yang tercinta. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga perpaduan yang terbina ini bagi memastikan kesinambungannya pada generasi akan datang. Jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, maka keharmonian negara akan tergugat dan sekaligus menyebabkan penyatuan antara kaum dan bangsa itu semakin hilang.


 Rujukan:


  • https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/860953/generasi-penamat-bebas-
  • rokokhttps://anyflip.com/lkujo/oifd/basic
  • https://haziqahhannis17.blogspot.com/

Comments